Thursday 6 August 2015

3Keys1Sword : Socho O Hozon [Selamatkan Ketua Kampung]

Pada suatu malam yang gelap, kilat memancar-mancar tanpa henti yang disertai dengan hujan renyai-renyai. Dua orang sahabat sedang tidur di sebuah rumah tumpangan mereka sambil dibuai mimpi indah. Tetapi situasi itu tidak lama. Hujan semakin lebat dan angin bertiup kencang. Dua orang sahabat itu terjaga dari tidur. Mereka ialah Tariga dan Aruza yang berumur 16 tahun. Mereka keluar dari rumah tumpangan itu dan menyedari ini bukannya bencana alam yang biasa. Rumah-rumah disekitar mereka musnah begitu saja di depan mata mereka. Mereka hanya mampu melihat. Angin kencang dan hujan lebat berhenti secara tiba-tiba lalu kilat yang besar menyambar di hadapan mereka. Mereka terkejut dan melihat terdapat seekor kelawar gergasi muncul. Kelawar itu mempunyai empat mata yg berwarna merah , biru , hijau dan kuning. Badannya berwarna unggu tua serta mempunyai lapan tanduk yang berwarna kelabu dan berkilau. Tariga kaku disitu tetapi Aruza tangkas mengambil Blood Blade kepunyaannya dan Twin Blade kepunyaan Tariga . Aruza mencampak pedang Tariga ke arahnya sambil memanggilnya. Tariga menyambut pedangnya. Aruza dan Tariga menunggu kelawar itu memulakan pergerakan sebelum menyerangnya. Kelawar itu mengibas sayapnya. Angin kencang dari sayap kelawar itu menyebabkan Tariga dan Aruza menutup mata. Namun, Aruza bertekad untuk membuka mata lalu meluru ke arah kaki kelawar itu sambil mengharungi rintangan oleh angin kencang. Aruza melibas pedangnya ke kaki kiri kelawar itu. Kelawar itu berhenti mengibas sayapnya. Dalam masa yang sama, kelawar itu menyepak Aruza dan Tariga meluru ke arah kaki kanan kelawar itu. Aruza terpelanting dan terjatuh ke papan kayu. Tariga mencucuk kaki kelawar itu bertubi-tubi. Kelawar itu cuba menyepak Tariga tetapi Tariga lompat dan mengelak sepakan itu lalu mendarat ke tangan kelawar itu. Tariga berlari mendekati kepala kelawar itu. Kelawar itu cuba menggigit Tariga namun Tariga tangkas mengelak. Tetapi, Tariga ditumbuk oleh kelawar itu semasa mengelak. Tariga terpelanting dan terseret di tanah. Kelawar itu terbang dan melarikan diri dari situ sekelip mata. Tariga pengsan dan Aruza membawa Tariga masuk ke rumah tumpangan mereka untuk tidur dan pulihkan diri.
   "Aku akan balas dendam kelawar! Kau tunggulah," Aruza tidak puas hati kerana kalah.

**********************

   Keesokan harinya, Aruza bangun dan keluar. Aruza berjalan di sekitar kawasan bencana. Aruza mula mencurigai sesuatu. Dia berlari menuju ke rumah ketua kampung. Aruza memanggil ketua kampung tetapi, seorang penduduk kampung yang muncul.
   "Ketua kampung tiada, dia dah hilang sejak minggu lepas," penduduk kampung menerangkan kepada Aruza mengapa ketua kampung tidak keluar.
   "Kenapa dia hilang?" tanya Aruza.
   "Aku tak tahu. Tapi sejak dia hilang, banyak perkara pelik berlaku. Oh ya, kau bukan orang kampung ini kan? Apa nama kau?" penduduk kampung mula bertanya.
   "Ya, aku bukan orang kampung ini. Aku baru saja tiba di kampung ini semalam. Nama aku Aruza, kau pula?" Aruza ingin berkenalan.
   "Nama aku Taka. Umur aku 28tahun. Kau 16 tahun kan?" Taka meneka umur Aruza.
   "Wah macam mana kau tahu?" Aruza kagum.
   "Aku teka saja. Tak sangka betul. Hahaha. Kenapa kau nak jumpa ketua kampung?" Taka mahu menolong Aruza.
   "Aku rasa ribut kencang semalam ada kena mengena dengan kehilangan ketua kampung. Ada sesiapa yang cedera kah?" Aruza mula mengambil berat tentang kampung ini.
   "Oh. Ada enam orang penduduk tercedera dan kesemuanya sedang menjalani sesi perubatan," Taka memberi jawapan.
   "Di mana sesi perubatan itu? Aku dan kawan aku juga tercedera." Aruza menunjukkan tangannya yang cedera disepak oleh kelawar.
   "Biar aku bawa kau ke sana. Tapi kita perlu mengajak kawan kau dulu." Taka mula berjalan.

*****************

Tariga dan Aruza telah diubati. Mereka berterima kasih kepada Taka. Mereka pulang ke rumah tumpangan dan berehat seketika. Taka pulang ke rumahnya.
   "Aruza! Jom beli perisai," Tariga mengangkat dompetnya.
   "Tapi duit kita sikit. Mungkin kita hanya dapat membeli perisai yang termurah," Aruza memberi alasan.
   "Tak apa, aku tahu tawar menawar," Tariga senyum.
   Mereka tiba di kedai peralatan perang. Mereka masuk ke kedai itu dan menyedari tuan kedai itu ialah Taka.
   "Hai Taka!" Tariga dan Aruza menegur Taka.
   "Hai. Apa yang korang buat di sini?" Taka hairan.
   "Nak beli baju perisai," Tariga menjawab.
   "Perisai kat sini mahal-mahal tahu tak. Yang paling murah cuma 5000ryo. Jadi, korang mampukah?" Taka cuba menunjukkan bahawa perisainya berkualiti tinggi.
   "Aku cuma ada 4700ryo. Kurangkan lagi harganya boleh?" Tariga mulakan tawar menawar.
   "Tak boleh. Tapi aku akan bagi baju perisai yang termahal kepada kau secara percuma kalau kau dapat menang lawan pedang dengan aku," Taka ingin mengetahui kebolehan Tariga.
   "Baiklah, tapi apa syarat menang?" Tariga bersemangat.
   "Kalau kau dapat pancung aku, kau menang. Tapi kalau aku dapat pancung kau, aku menang dan pedang kau akan jadi milik aku. Jadi, aku rasa lebih baik kau menyerah," Taka merasakan Tariga hanya budak mentah yang lemah.
   "Hehehe. Pancung ya?" Tariga mula gembira.
   "Tapi bukan pancung betul-betul. Guna pedang buluh," Taka menerangkan dengan lebih terperinci.
   "Baiklah, mari kita mulakan!" Tariga ingin bertarung.

***********

   "Sedia, mula!!!" Aruza memberikan isyarat bahawa perlawanan telah bermula.
   Tariga melompat kedepan dan melibas perut Taka. Taka menahan serangan Tariga dengan pedangnya. Taka berundur kebelakang lalu membaling pedangnya ke arah Tariga. Taka berlari ke arah Tariga. Tariga mengelak pedang Taka lalu mengambilnya. Taka menyepak Tariga dan pedang-pedang Tariga tercampak ke udara dan Tariga tercampak ke dinding. Taka mengambil pedang-pedang Tariga itu. Taka berdiri dan menunggu Tariga bangun. Tariga berlari ke arah Taka dengan tangan kosong lalu menghayunkan kakinya ke kaki Taka. Taka jatuh ke tepi. Tariga memijak-mijak tangan Taka dan Taka melepaskan pedangnya. Taka menumbuk kaki Tariga dan Tariga jatuh kebelakang. Taka mengambil salah satu pedang dan mengacunya ke arah leher Tariga. Tariga bergolek ketepi dan mengambil pedangnya. Tariga berdiri lalu membaling pedangnya ke tepi Taka. Tariga berlari dan melompat kebelakang Taka. Taka cuba menangkap Tariga namun gagal. Pedang yang dibaling Tariga melencong dan menuju ke muka Taka. Taka tunduk dan pedang itu ditangkap oleh Tariga. Tariga membuat posisi memancung dengan laju semasa Taka sedang mengelak. Taka terkejut dan dia menyedari bahawa Tariga telah menang.
   "Tariga menang!!! Tahniah!" Aruza bersorak.
   "Nampaknya, aku dah pandang rendah pada kau," Taka menyalam tangan Tariga.
   "Hehe. Terima kasih. Baiklah, janji harus ditunaikan. Baju perisai aku?" Tariga meminta habuannya.
   "Ini dia," Taka memberikan ganjaran kepada Tariga.
   "Yeah!!! Sekarang aku dah sedia untuk balas dendam kelawar!" Tariga mula bersemangat.
   "Huh? Kelawar semalam itu kah?" Taka hairan.
   "Ya, kelawar semalam. Kami merancang untuk balas dendam sambil menyelamatkan kampung ini," Aruza memberitahu tujuannya.
   "Aruza, kau nak baju perisai juga kan? Kalau nak, benarkan aku menyertai korang," Taka menawar baju perisai kepada Aruza.
   "Baiklah, tapi kau hanya boleh menolong. Jangan bertindak seorang diri," Aruza menerima tawaran itu.
   "Kau tak yakin kah dengan kebolehan aku? Tak akanlah hanya sebab aku kalah kepada Tariga aku ini lemah," Taka cuba menyakinkan bahawa dia juga kuat.
   "Mungkin kau boleh bertindak sendirian, tapi tengoklah juga keadaan," Aruza mempercaiyai Taka.
   "Yeah, terima kasih! Nah perisai. Bila misi nak bermula?" Taka menghulurkan perisai kepada Aruza.
   "Misi bermula malam ini!" Tariga memberikan info.
   "Disebabkan kita akan berjaga malam ini. Lebih baik kita tidur secukupnya petang ini," Aruza memberi arahan.

***********

Malam sudah tiba, Taka berjalan dengan berhati-hati ke rumah tumpangan Tariga dan Aruza bersama Flame Blade yang telah diasah sehingga tajam. Setibanya Taka disana, Tariga memberikan gogel kepada Taka supaya dapat melindungi mata semasa angin kencang. Mereka bertiga sudah lengkap dengan baju perisai, pedang dan gogel. Mereka menunggu kehadiran kelawar sehinggalah pukul 2 pagi.
   "Bila kelawar itu nak sampai ini. Aku mengantuk!" Tariga merungut.
   "Kau dah memang tak boleh tahan kah? Kalau tak boleh, kau boleh tidur sekarang. Kalau kelawar itu datang, kami kejut," Taka memberi kebenaran kepada Tariga.
   "Akhirnya!" Tariga baring kemudian tidur.
   "Aruza, kau tak nak tidur?" Taka memandang Aruza yang sedang tekun memerhati.
   "Tak nak, aku betul-betul nak bunuh kelawar tak guna itu!" Aruza tekad untuk berjaga.
   Sejam kemudian angin malam yang sejuk tiba-tiba menjadi panas. Tariga bangun dari tidur kerana haba yang panas. Mereka bertiga yakin bahawa kelawar itu akan muncul. Bebola api yang besar muncul secara tiba-tiba ke arah mereka. Aruza mengelak lalu berlari ke tepi. Taka menarik tangan Tariga yang masih mamai lalu berlari ke tepi. Rumah tumpangan mereka terbakar. Taka cuba mengesan arah bebola api itu muncul. Namun kelawar itu muncul disebalik asap yang muncul dari api.
   "Kelawar ini lain dari yang semalam! Yang ini mempunyai sayap yang berapi-api." Aruza menyedari sesuatu perbezaan.
   "Jadi ini bermakna, kelawar yang ini lebih kuat! Mari kita umpan kelawar ini ke tempat yang luas dan selamat dari penduduk kampung," Taka mendapat idea yang bernas.
   "Kelawar!!! Kejarlah kami!" Taka,Aruza dan Tariga memanggil kelawar itu.
   Mereka bertiga berlari sambil dikejar oleh kelawar. Mereka telah tiba di pagar kampung tetapi Tariga tiba-tiba jatuh. Kelawar itu menangkap Tariga menggunakan kakinya. Kelawar itu terbang dan pergi ke kawasan tebing bukit. Taka dan Aruza berusaha mengejar kelawar itu.
   "Lepaskan aku!" Tariga meronta-ronta.
   Taka membaling pedangnya ke kepala kelawar itu. Kelawar itu mengelak namun Taka menarik semula pedang yang dibalingnya dengan tali halus. Pedang itu tertusuk pada bahu kelawar. Tariga terlepas dari gengaman kaki kelawar.
   "Tariga!!! Serang kepak kanan kelawar itu!" Aruza mengarahkan Tariga.
   Aruza berlari ke arah kepak kiri manakala Tariga berlari ke arah kepak kanan. Mereka melompat dan terjun kebawah sambil memotong kepak kelawar itu. Aruza berjaya tetapi Tariga ditembak bebola api. Tariga terjatuh lalu dia bergolek dengan pantas untuk memadamkan api. Taka berasa marah lalu membakar tali halus itu hingga merebak ke hujung tali lalu letupan muncul di bahu kelawar itu. Bahu kelawar itu terbakar. Kelawar itu mengaum lalu mengibas sayap apinya. Angin kencang yang disaluti api terkena Taka, Aruza dan Tariga. Taka membaling bom wap air ke tanah. Api terpadam serta-merta. Mereka bertiga bernafas kepenatan. Kelawar itu memperlahankan kibasannya. Tariga perasan bahawa kelawar itu sebenarnya sedang meminta pertolongan. Tariga melangkahkan kaki secara perlahan ke kelawar itu. Taka dan Aruza hanya melihat dari situ tindakan Tariga kerana kepenatan dan kesakitan. Kelawar itu menundukkan kepalanya lalu Tariga menyentuh dahinya.
   "Aku nak tolong kau," Tariga menenangkan kelawar itu.
   Kelawar itu secara mengejut bergerak mengelilingi Tariga dengan perlahan. Tariga menelan air liur ketakutan. Taka dan Aruza bersedia untuk menyerang kelawar itu. Gerakan kelawar itu terhenti.
   "Aku akan tolong kau kelawar!" Tariga mendapat maklumat daripada kelawar akibat gerakan kelawar itu tadi.
   "Kau nak tolong dia?!" Taka hairan dengan kata-kata Tariga.
   "Begini, sebenarnya kelawar ini ialah ketua kampung yang hilang itu," jelas Tariga.
   "Aku dah agak! Kejadian ini mesti ada kaitan dengan ketua kampung!" Aruza gembira kerana ramalannya tepat.
   "Jadi, kita mesti tolong dia. Apa yang kita perlu buat Tariga?" semangat Taka berkobar-kobar untuk membantu.
   "Dia kata, kita perlu ke Gua Kurono dan hapuskan penghuni gua itu," Tariga menyampaikan maklumat.
   "Hari hampir pagi, jadi aku rasa kita harus menangguhkan misi kita. Mari kita balik dan tidur. Misi akan bermula petang ini," Taka memberi arahan sambil membuka gogelnya.
   "Taka... ketua kampung ini macam mana?" Tariga menunjukkan jari ke arah kelawar.
   "Kau sajalah jaga kelawar ini di sini, lagipun kau dah tidur malam tadi. Aku dan Taka saja akan menjalankan misi. Maafkan aku, kau tak boleh tidur," Aruza memberi tugas berat kepada Tariga.
   "Aku setuju dengan idea kau Aruza," Taka menyokong Aruza.
   "Ini tak adil!!!" Tariga mengeluh.
   "Selamat tinggal Tariga, jagalah kelawar itu elok-elok" Aruza berjalan mengikut Taka pulang ke kampung.

********

Petang sudah tiba, tenaga Taka dan Aruza telah pulih sepenuhnya. Kali ini, Taka menyediakan lebih banyak kelengkapan kerana dia masih tidak tahu akan halangan yang bakal menimpa mereka di Gua Kurono.
   "Mari kita pergi lihat keadaan Tariga dahulu," Taka berjalan pergi keluar kampung.
   "Agaknya apa dah berlaku pada Tariga. Harap-harap dia tak mati kene makan dengan kelawar itu," Aruza bergurau dalam perjalanan.  
   Setibanya mereka di sana, Tariga didapati tidur nyenyak bersama dengan ketua kampung.
   "Nampaknya Tariga dah serasi dengan ketua kampung. Kita dah tak perlu risau," Taka menghembuskan nafas bersyukur.
   "Baiklah, keadaan kelawar dan Tariga selamat. Jadi, bila kita nak ke Gua Kurono?" Aruza tergesa-gesa ingin ke Gua Kurono.
   "Kau ini, tak sabar-sabar. Okey, jom kita pergi," Taka meniup wisel bernada nyaring.
   "Kenapa kau bunyikan wisel tu?" Aruza hairan.
   Harimau bertanduk dan berbelang kelabu merah muncul dari semak secara mengejut dan mengaum. Aruza terkejut dan pantas membuat posisi menyerang dengan pedangnya.
   "Bertenang Aruza. Itu ialah haiwan peliharaan aku. Kita akan ke Gua Kurono sambil menunggang harimau," Taka memegang lengan Aruza yang memegang pedang.
   "Wah!!! Ini akan jadi kali pertama aku menunggang harimau," Aruza teruja.
   Taka mula menunggang harimaunya dan diikuti oleh Aruza.
   "Rimma, pergi ke Gua Kurono!" Taka mengarahkan harimaunya untuk memulakan perjalanan.
   Rimma mula berlari pantas menuju ke destinasi. Seekor burung gagak mengekori mereka tanpa disedari.
   "Nama harimau kau ini Rimma ya?" Aruza memegang erat pinggang Taka.
   "Iya!" Taka mengangguk sambil memegang tanduk Rimma dengan kuat.

**********

Disebuah bilik di dalam Gua Kurono terdapat seorang orang tua berbadan buncit yang ditemani oleh seekor singa berbentuk manusia dan helang berbentuk manusia. Orang tua itu sedang duduk sambil melihat keadaan Taka dan Aruza di dalam takungan air melalui mata gagak yang mengekori mereka.
   "Berani korang. Jangan harap korang boleh menggagalkan misi aku ini! Hahahahaha!!!" Orang tua itu ketawa sehingga bergema di dalam Gua itu.

*******

Setelah 50minit perjalanan, mereka akhirnya tiba ke destinasi iaitu Gua Kurono.
   "Bersiap sedialah wahai penghuni gua untuk dibunuh! Hahaha!" Aruza turun dari Rimma dan melepaskan perasaannya di depan gua.
   Aruza mula berjalan memasuki gua.
   "Jangan masuk dahulu Aruza! Mungkin ada perangkap di setiap laluan!" Taka melarang Aruza.
   "Fuh... Nasib baik kau beritahu aku Taka, kalau tidak... Mungkin aku dah mati," Aruza menghentikan langkah dan berundur.
   Taka turun dari Rimma dan berjalan hingga ke depan gerbang gua. Taka mula berjalan berhati-hati sambil mengacukan pedangnya ke lantai hadapannya.Taka selamat melaluinya dan diikuti oleh Aruza namun Rimma masih menunggu di luar gua. Bunyi air menitis berselang-seli kedengaran lalu suasana menjadi suram. Semakin dalam mereka memasuki gua, semakin banyak bunyi air menitis kedengaran. Mereka tiba di laluan gua yang amat sempit dan gelap. Taka mengeluarkan tali dan membaling tali itu sejauh yang mungkin.
   "Apa kau buat Taka?" Aruza hairan dengan perbuatan Taka.
   "Tengoklah," Taka menghidupkan obor.
   Taka membakar hujung tali itu lalu api merebak dengan pantas membakar tali. Laluan yang gelap itu menjadi cerah akibat cahaya dari api.
   "Tak sia-sia aku reka tali yang ada minyak di dalamnya. Haha," Taka memuji diri sendiri.
   "Wah!" Aruza kagum.
   "Baiklah, jom jalan berhati-hati kalau tak nak terbakar," Taka mula berjalan sambil memegang obor.
   Mereka berjalan dengan berhati-hati tetapi pantas. Mereka berhenti berjalan setelah tiba di hujung tali. Mereka mendapati mereka telah melalui jalan mati. Mereka bergegas berpatah balik namun, lantai gua itu tiba-tiba terbuka dan mereka jatuh ke kawasan yang berair. Taka berdiri dan melihat di depannya terdapat harimau bertanduk dan berbelang kelabu merah tetapi berbentuk manusia. Aruza masih terbaring dan obor terjatuh di sebelahnya.
   "Rimma?! Kaukah itu?!" Taka memandang harimau itu.
   "Itulah akibatnya kalau tak pandai jaga haiwan sendiri," suara bergema muncul di dalam gua.
   Aruza bangun akibat terkejut lalu berdiri.
   "Kau siapa?! Apa dah jadi dengan Rimma?!" Taka mengamuk.
   "Hahaha! Akulah bekas ketua kampung, aku tahu kau kenal aku. Aku dah jadikan Rimma sebagai tentera aku. Harimau kau itu kuat juga ya. Terima kasih sebab bawa dia ke sini. Hahaha!" bekas ketua kampung mula bertindak.
   "Exavil! Pulihkan balik Rimma!" Taka memandang Rimma.
   "Kenapa kau ganggu kampung Taka?!" Aruza mula bersuara.
   "Nampaknya betul tekaan aku, kau kenal aku Taka. Aku tidak ganggu kampung kau Aruza, kenapa kau benci aku?" Exavil mula berseronok.
   "Aku benci kau sebab kau ganggu aku tidur!" Aruza memberi alasan tidak munasabah.
   "Dari mana kau tahu nama kami?!" Taka hairan.
   "Nampaknya kamu semua tidak peka dengan persekitaran. Nampak tak gagak di atas itu? Itulah sumber maklumat aku," Exavil ingin memulakan perlawanan.
   Rimma mula berlari ke arah Taka dan mula mencakar mukanya.
   "Bertahanlah Rimma," Taka tunduk untuk mengelak cakaran Rimma lalu menumbuk perut Rimma sambil memejam mata.
   Aruza pula melompat ke batu-bata dan cuba membunuh burung gagak yang terbang di atas mereka. Usaha Aruza hanya sia-sia. Burung gagak itu terbang terlalu tinggi. Rimma terjatuh kebelakang akibat tumbukan kuat oleh Taka. Rimma bangun dan menerkam Taka. Taka berniat untuk tidak mengelak. Taka dan diterkam dan pergelutan berlaku.
   "Taka! Gunakanlah pedang kau itu!" Aruza tidak berpuas hati atas tindakan Taka.
   Taka menghiraukan Aruza dan cuba menenangkan Rimma. Taka mengambil bom wap air sambil bergelut lalu Taka memasukkannya ke dalam mulut Rimma. Rimma meredakan pergelutan lalu dia mengaum kesakitan. Taka dengan pantas mengeluarkan talinya lalu mengikat kaki dan tangan Rimma dengan ketat. Aruza mula mendapat idea bernas. Aruza mengambil lalu membaling obor ke arah burung gagak itu. Burung gagak itu jatuh terjunam dan Taka sudah selesai mengikat Rimma. Taka menangkap obor yang jatuh tanpa melihatnya.
   "Sekarang, kita harus merancang strategi menyerang. Burung gagak itu dah mati jadi rancangan kita tak akan diketahui," Taka menghembuskan nafas kepenatan.
   "Baiklah, mula-mula..." Aruza memberitahu strategi.
   "Cukup-cukup sudah... Tiada apa yang perlu dirancang lagi... Strategi kamu tidak akan berhasil juga!!! Hahaha!" Exavil menyanyi dengan gembira dan berlagak.
   "Aku dah bunuh burung itu!" Aruza hairan.
   "Ini gua aku, jadi aku berkuasa di sini," Exavil senyum keseorangan.
   "Pengecut! Kau hanya tahu bercakap tanpa berbuat apa-apa!" Taka cuba menyakitkan hati Exavil.
   "Kau kata aku pengecut ya. Jadi ini bermakna kau memang nak sangat berlawan dengan aku," senyuman jahat terukir di wajah Exavil.
   Kawasan gua bergegar dan serpihan batu-batu kecil jatuh. Taka dan Aruza memegang pedang mereka. Kawasan gua berhenti bergegar.
   "Sekarang korang berada di tingkat tertinggi di dalam gua ini. Lihatlah dinding rapuh di depan korang. Aku berada di sebalik dinding itu," Exavil bersedia untuk bertarung.
   "Aruza, sedia?" Taka memastikan Aruza tidak gementar.
   "Sudah lama aku sedia. Inilah saat yang ditunggu-tunggu," senyuman kejam terukir di wajah Aruza.
   Dinding di depan mereka hancur secara tiba-tiba. Habuk yang berterbangan menghalang penglihatan. Habuk berkurangan dan singa berbentuk manusia muncul di belakang dinding yang telah hancur itu. Dibelakangnya lagi terdapat Exavil yang sedang duduk dan disebelahnya ialah helang berbentuk manusia. Aruza menguatkan lagi genggaman pedangnya kerana dia tahu musuhnya amat kuat. Exavil berdiri sambil memegang kapak yang bernama Slander Axe dan cemeti yang bernama Haste Whip.
   "Singa dan helang ini ialah pengawal aku. Nama singa itu ialah Forma dan helang itu Sirma. Korang mesti kalahkan mereka berdua dahulu!"  Exavil memperkenalkan pengawalnya.
   Taka dan Aruza memandang antara satu sama lain. Taka membaling bom asap ke depan mereka. Taka berlari ke arah kiri Forma. Aruza berlari ke arah kanan Forma. Mereka muncul dari kepulan asap dengan sebilah pedang yang amat tajam. Aruza dan Taka cuba memancung Forma dengan formasi X. Forma menahan kedua-dua bilah pedang itu dengan tangannya. Aruza tidak mahu mengalah. Taka mengundurkan diri. Aruza menekan pedangnya sehingga memotong tangan kanan Forma. Darah memercik dan terkena mata Aruza. Taka mengambil kesempatan di atas keadaan Forma yang kesakitan. Taka meluncur di depan Forma sambil memotong kedua belah kaki Forma. Usaha Taka gagal namun dia bernasib baik kerana dapat memotong kaki kiri Forma. Forma terduduk sambil menahan kesakitan. Taka mendapati terdapat lopak air di sebelah Aruza. Taka menolak Aruza jatuh ke lopak itu. Darah Forma telah bersih dari muka Aruza.
   "Terima kasih. Tapi kenapa kau mesti tolak aku?!" Aruza tidak berpuas hati.
   Taka menghiraukan Aruza. Forma membuat posisi untuk melepaskan tembakan dari mulutnya.
   "Nampaknya Forma dah terdesak, sampai perlu mengorbankan dirinya," Exavil berfikir tentang keadaan Forma.
   Tembakan angin berduri keluar dari mulut Forma. Tembakan itu mensasarkan Aruza. Aruza yang sedang leka memarahi Taka. Taka menyedarinya lalu menerkam Aruza jatuh ke tepi. Kaki kanan Taka ditusuk oleh duri. Sebuah lubang terbentuk di dinding gua yang menghubungkan luar dan dalam gua akibat tembakan Forma. Cahaya masuk melalui lubang itu dan menyinari Taka, Aruza, Rimma dan Forma.
   "Tahniah kerana berjaya kalahkan Forma. Sirma akan menjadi halangan terbesar bagi korang. Bersiap sedialah!" Exavil membenarkan Sirma untuk menyerang.
   Sirma terbang menuju ke arah Taka dan Aruza. Sirma mencederakan mereka dengan sayapnya yang tajam berkali-kali. Mereka tidak dapat menahan serangan Sirma yang amat laju itu di dalam posisi berbaring. Badan mereka sudah tercalar-calar. Sirma terbang lagi kemudian Taka melibas badan Sirma ke tepi. Sirma tercampak namun badannya tidak luka. Taka berdiri kemudian membantu Aruza untuk berdiri. Taka berlari ke arah Sirma dan melibas leher Sirma. Sirma langsung tidak kesakitan. Sirma menumbuk Taka hingga Taka tercampak lalu jatuh di atas Rimma. Aruza berdiri ketakutan kerana tahu Sirma amat kebal. Aruza berlari ke arah Sirma dan cuba sedaya upaya untuk mencederakan Sirma. Sirma tidak mengelak serangan Aruza tetapi hanya tersenyum. Aruza melibas paruh Sirma namun Sirma menahan serangan Aruza lalu mencampakkan pedang Aruza ke tepi.
Aruza yang terdesak terpaksa menumbuk pipi Sirma lalu berundur ke belakang dengan pantas. Mulut Sirma berdarah.
   "Aku dah tahu! Bulu pelepah Sirma itu kalis dengan besi. Jadi kita mesti berlawan dengan tangan! Jom serang habis-habisan!" Taka sudah mengetahui kelemahan Sirma.
   Taka dan Aruza bersatu dan cuba mengalahkan Sirma. Sirma menumbuk muka Taka dan muka Sirma ditumbuk oleh Aruza. Sirma sengaja menjatuhkan dirinya sambil melebarkan sayapnya. Taka dan Aruza jatuh di hempap sayapnya. Taka dan Aruza menumbuk pipi Sirma serentak. Sirma termuntah darah. Taka dan Aruza mula menjauhi Sirma. Ikatan pada badan Rimma mulai longgar. Rimma melepaskan diri dari tali itu dan menerkam Taka.
   "Rimma! Ingat tak aku siapa?! Aku dah jaga kau sejak dari kecil!" Taka memujuk dan memegang dahi Rimma.
   Rimma menjilat wajah Taka lalu melepaskan Taka. Rimma yang sedang lapar pergi menerkam Sirma dan cuba mengigitnya. Sirma dan Rimma sedang bergelut. Cahaya yang menerangi gua itu mulai menghilang. Kelawar gergasi dan Tariga muncul dari lubang itu.
   "Akhirnya kami boleh berehat," Taka dan Aruza menarik nafas lega dan menjatuhkan diri lalu berbaring.
   Tariga turun dari kelawar. Sirma yang sudah cedera tiba-tiba bertukar menjadi helang gergasi. Rimma tercampak akibat pertukaran itu. Sirma menendang kelawar ke tepi. Sirma pergi ke luar gua. Sirma hilang kawalan. Sirma mengumpulkan tenaga yang banyak untuk menghancurkan Gua Kurono. Kelawar itu terbang ke luar untuk menghalang tindakan Sirma. Exavil berasa risau dan takut kerana Sirma telah hilang kawalan dan mungkin akan menyebabkan Exavil terbunuh. Exavil terpaksa memberikan kuasa kepada Rimma untuk mengalahkan Sirma. Rimma secara tiba-tiba menjadi harimau gergasi. Rimma melompat ke luar lubang lalu menerkam Sirma. Sirma terjunam ke bawah.
   "Baiklah, nampaknya kita sudah boleh bertarung tanpa gangguan," Exavil bangun lalu melibas cemetinya ke lantai.
   "Korang nampaknya penat, bolehlah aku kalahkan dia itu seorang diri tanpa penat," Tariga memandang Taka dan Aruza dan berkata dengan nada gembira.
   "Nampaknya kau berpihak pada sampah-sampah itu. Aku tak akan beri belas kasihan pada kau," Exavil berkata pada Tariga dan menunding jari ke arah Taka dan Aruza.
   "Kaulah sampah yang sebenar!" Tariga berlari dengan pantas ke arah Exavil  
   Exavil melibas cemetinya di sekitar kawasannya dalam bentuk bulatan. 
   Tariga menghentikan lariannya dan berfikir cara untuk menyerang Exavil tanpa halangan cemeti itu. 
   "Kenapa kau berhenti? Kau takut?" Exavil senyum sambil melibas cemetinya.
   Tariga memberanikan diri mendekati Exavil. Tariga berlari ke hadapan dan menyekat libasan Exavil dengan menggunakan sebilah pedangnya sahaja. Libasan Exavil berjaya disekat oleh Tariga. Tariga cuba memotong cemeti Exavil.
   "Kau ingat Haste Whip ini cemeti biasakah? Boleh dipotong begitu mudah? Hahaha" Exavil menarik cemetinya.
   Tariga kehadapan lagi lalu menghayunkan kedua bilah pedangnya ke kepala Exavil. Exavil menahan serangan Tariga menggunakan kapaknya. Exavil menendang Tariga jatuh kebelakang. Tariga bangun dan melibas kaki Exavil menggunakan sebilah pedang di tangan kanannya. Exavil melompat dan melibas tangan kiri Tariga menggunakan cemetinya. Genggaman pedangnya terlepas lalu pedangnya jatuh ke lantai. Exavil menghayunkan kapaknya ke kepala Tariga. Tariga menahan dengan pedangnya lalu melompat dan membaling pedangnya ke muka Exavil. Exavil menepis pedang Tariga ke tepi sehingga terpacak di dinding. Tariga mendarat dengan selamat lalu dengan pantas mencapai pedangnya di lantai. Tariga tidak mengalah, dia berlari ke arah Exavil dengan posisi menikam. Exavil mengelak ke tepi sambil menyimpan cemetinya dengan pantas lalu menangkap tangan Tariga. Tariga melepaskan genggaman pedangnya lalu menangkap pedangnya dengan tangan kirinya. Tariga terus menghayunkan pedangnya ke kaki Exavil dalam jarak yg dekat. Exavil melompat keatas sambil memusingkan tangan kanan Tariga lalu mengundur kebelakang. Tariga menjerit kesakitan. Tariga melepaskan pedangnya dan terduduk lalu memegang tangannya untuk menahan kesakitan.
   "Bersedialah untuk menghadapi kematian," Exavil membaling kapaknya ke arah Tariga.
   Aruza dengan sepantas kilat muncul lalu menepis kapak Exavil. Taka berlari ke arah Tariga. Taka membawa lalu menyandarkan Tariga ke dinding.
   "Kau memang nak mati!" Aruza berlari ke arah Exavil dengan muka yang menyeramkan.
   Exavil mengundur kebalakang lagi lalu mencapai cemetinya. Belum sempat Exavil melibas cemetinya, Aruza telah menumbuk muka Exavil. Exavil tergeser kebelakang akibat tumbukan kuat Aruza. Riak wajah membunuh terukir di muka Exavil.
   "Berani kau tumbuk muka aku!" Exavil membaling kapaknya ke muka Aruza.
   Aruza kaku kerana tahu Exavil semakin kuat dan hatinya sudah gelap. Taka menolak Aruza ke tepi namun tangan kiri Taka putus akibat dipotong oleh kapak itu.
   "Argh!!!" Taka menjerit kesakitan lalu rebah ke lantai.
   Aruza mengoyakkan sebahagian seluarnya. Aruza membalut lengan Taka.
   "Kau memang menempah maut. Kali ini aku tak akan beri belas kasihan lagi!" Aruza mula menunjukkan belangnya.
   Aruza mengambil tali di pinggang Taka. Exavil hanya dengan cemeti berlari ke arah Aruza. Exavil melibas Aruza namun Aruza menepisnya dengan tali.
   "Pandai kau ya. Tali berlawan dengan tali." Exavil melibas lagi ke muka Aruza.
   Aruza tunduk lalu melibas ke kaki Exavil. Libasan Aruza mengena lalu tali itu terbelit di kaki Exavil. Cemeti Exavil tercampak semasa dia jatuh. Aruza berlari lalu memijak kepala Exavil.
   "Dengan pedang ini, aku akan bunuh kau!" Aruza menikam Exavil.
   Belum sempat Aruza menikam Exavil, badan Exavil tiba-tiba diselaputi aura berwarna hijau gelap yang membentuk badan beruang. Aruza terus melompat ke belakang.
   "Inilah kuasa sebenar aku. Kau takutkah? Hahaha," Exavil yakin dia akan menang.
   Exavil berlari seperti beruang kelaparan ke arah Aruza. Exavil menerkam Aruza dengan kuku beruangnya yang tajam. Aruza menahan dengan pedangnya. Tariga yang sedang sakit berlari ke arah mereka. Tariga menyepak muka Exavil. Exavil memandang Tariga dan terus menumbuk perut Tariga sehingga tercampak ke dinding. Aruza menolak Exavil jatuh lalu menyerang Exavil menggunakan pedangnya secara bertubi-tubi. Exavil tanpa kecederaan tiba-tiba menahan pedang Aruza. Exavil menolak pedang Aruza sehingga pemegang pedang itu tertusuk ke perut Aruza. Aruza melepaskan genggaman pedangnya. Exavil bangun lalu menumbuk muka Aruza sehingga jatuh ke belakang. Exavil mencapai pedang Aruza lalu membalingnya ke arah Aruza. Badan Aruza menjadi tidak terkawal. Aura gelap menyelaputi badan Aruza lalu letupan berlaku. Pedang Aruza ditepis oleh letupan itu. Exavil pergi kebelakang Taka.
   "Lebih baik kau menyerah kalau tak, aku bunuh dia!" Exavil meletakkan kukunya dihadapan leher Taka.
   Aruza yang tidak dapat mengawal dirinya hanya mendiamkan diri. Tariga yang tidak berputus asa terus berlari dan menumbuk leher Exavil dari belakang. Exavil melepaskan Taka dan cuba menusuk perut Tariga. Belum sempat Exavil menusuk, Aruza telah melanggar badannya sehingga terpelanting ke dinding. Serpihan batu-batu gua jatuh. Exavil berdiri lalu berjalan keluar melepasi habuk yang berterbangan. Aruza melanggar Exavil lagi, tetapi Exavil menahan. Aruza menumbuk bertubi-tubi tetapi Exavil berjaya menepis kesemua tumbukan itu. Aruza mencipta pedang menggunakan aura gelapnya. Aruza segera memotong badan Exavil menjadi dua. Exavil menahan menggunakan tangannya namun tangannya hampir putus. Exavil mengundur kebelakang. Exavil memandang ke luar gua melalui lubang. Exavil mengambil keputusan untuk mengambil semula tenaganya. Exavil menyedutkan kembali kuasanya dari ketua kampung, Sirma dan Rimma. Sirma telah berubah menjadi helang biasa lalu Sirma terbang beralih dari gua itu. Rimma dan ketua kampung berubah menjadi bentuk asal.
   "Rasakanlah kuasa sebenar aku!" Exavil mengumpul bebola kuasa.
   Aruza juga turut mengumpul bebola kuasa. Taka merasakan bahawa Aruza akan mati. Taka berlari lalu menendang muka Exavil. Aruza melepaskan tembakan.Exavil melepaskan tembakan juga tetapi tersasar kerana sepakan Taka. Tembakan Aruza tepat mengenai Exavil tetapi kaki kanan Taka juga terkena tembakan itu. Tembakan Exavil menyebabkan Gua Kurono runtuh. Aruza sudah dapat mengawal aura gelapnya. Aruza berlari ke arah Tariga kemudian Taka dengan pantas. Aruza membawa mereka keluar dari gua itu melalui lubang di dinding. Aruza berguling jatuh bersama mereka. Aura gelap Aruza menyebabkan kesakitan yang dialaminya berkurang. Mereka selamat menjauhi gua itu lalu pengsan. Gua Kurono runtuh bersama dengan mayat Exavil. Rimma secara tiba-tiba menjadi gergasi seperti tadi. Rimma membawa ketua kampung dan penyelamatnya yang sedang sakit pulang ke kampung. 

********

   Keesokan harinya, disebuah rumah ketua kampung. Taka membuka matanya dan menyedari dirinya masih hidup. Taka merasakan sesuatu tidak kena dengan badannya. Taka mendapati tangan kiri dan kaki kanannya diganti dan diperbaharui dengan besi. Taka turun dari katil dan cuba mencari cermin. Taka keluar dari biliknya lalu Taka terserempak dengan ketua kampung.
   "Ketua Heita, kau selamat! Apa dah berlaku semalam? Kenapa aku disini?" Taka dengan perasaan terkejut dan gembira memegang bahu ketua kampung yang bernama Heita.
   "Baguslah kau dah sedar. Jom ke ruang tamu, aku akan ceritakan segalanya," Heita mengajak Taka ke ruang tamu.

********

   "Lambatnya kau sedar Taka. Mesti kau sangat penat," Tariga yang sudah berada di ruang tamu sejak tadi bersama dengan Aruza memulakan perbualan.
   "Baguslah kamu berdua tidak apa-apa," Taka menghembuskan nafas.
   Taka dan Heita duduk di kerusi. Heita mula menceritakan kisah yang berlaku semalam.

*******

   "Boleh aku tahu? Siapa yang menempa tangan dan kaki besi aku ini?" Taka hairan.
   "Anak perempuan aku yang menempanya. Dia telah pulang ke kampung ini semalam semasa kamu semua menyelamatkan aku," Heita memperkenalkan anaknya.
   "Haruya?!" Taka terkejut lantas menyembut nama anak perempuan Heita.
   "Ya. Haruya!" Heita memanggil Haruya ke ruang tamu.
   Haruya tiba dan mereka mula berbual kosong.

******

   Pada keesokan harinya, Taka melatih Rimma supaya boleh mengawal kuasanya. Aruza dan Tariga meminta izin pada Heita untuk keluar dari kampung dan meneruskan penggembaraan mereka. Heita memberikan 50 keping syiling emas yang seberat 10kg kepada mereka sebagai tanda penghargaan. Tariga dan Aruza meneruskan penggembaraan mereka dengan gembira.

******

   Setahun kemudian, Taka dan Haruya telah menjadi suami isteri. Taka dan Haruya berkerjasama menaik taraf tangan dan kaki besi Taka. Kelengkapan bertarung sudah lengkap di badan Taka. Keamanan kampung mereka terjamin kerana mempunyai wira iaitu Taka dan Rimma. Kini, kampung mereka bebas dari segala ancaman. Tariga dan Aruza juga telah berjaya mengharungi cabaran di 8 buah kampung sepanjang perjalanan mereka.

TAMAT  

Enjoy...�� klau ada typo tu... ��fhm²kan je la ye ��

      
  

Sunday 12 July 2015

Chapter 18

Zaiza menghembus nafas untuk menenangkan hatinya yang berdegap-degup dari tadi. Pedang samurainya tersisip di belakang lengkap bersarung. Dia kini berada di hadapan pintu pagar pada tembok besar yang mempagari bandar itu. Zexion juga berada di situ. Dia menyandarkan tubuh pada dinding sambil menyilang tangan. Mereka sedang menunggu kehadiran Kenzou. Dia sepatutnya sudah tiba. Matahari sudah tegak di atas kepala.

   "Maaf, tadi aku pergi melawat Ryuda sebentar," Kenzou memunculkan diri dari barat Zaiza. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Zexion datang menghampiri Zaiza dan Kenzou.
   "Bagaimana keadaan dia?" Zexion berdiri di sebelah kiri Zaiza.
   "Semakin baik, Mizuki akan jaga dia. Usah risau, Mizuki sudah biasa menjaga pesakit," Kenzou menenangkan hati Zexion.
   "Sedia?" Kenzou memandang wajah Zaiza sambil menepuk bahunya. Zaiza hanya mengangguk kepala tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya.
   "Nampaknya ini seperti kali pertama kita dipisahkan," Zexion memandang wajah Zaiza dengan sayu.
   "Janganlah risau, kita tidak berpisah lama pun. Aku tahulah nak jaga diri sendiri. Selepas kami pulang, kita sama-sama selamatkan Tariga dan tumpaskan Aruza," Zaiza cuba mengembalikan semangat Zexion yang semakin luput.
   "Zaiza! Mari ke sini cepat! Perjalanan kita mungkin akan mengambil masa," Kenzou memanggil-manggil Zaiza. Dia sudah berada di luar bandar sementara Zexion dan Zaiza sedang berbual.
   "Aku yakin kau mampu laksanakan tugas kau, hanya terus bersemangat dan yakin," Zaiza memberi motivasi kepada Zexion. Itu sebenarnya kata-kata Tariga ketika mereka masih berlatih di dalam hutan. Zexion tersenyum. Dia sedar dia dipermain-mainkan Zaiza. Zaiza berpaling dan beredar dari situ menuju kepada Kenzou yang sudah menunggu. Masa seakan menjadi perlahan.
   "Ayah tunggu aku," bisik hati Zaiza. Masa menjadi pulih semula.

   Zaiza berdiri rapat di sebelah kanan Kenzou. Kenzou mendongak menjenguk langit. Anak matanya memutih. Tiba-tiba, pancaran cahaya biru menyuluh mereka dari langit. Aura biru berlikar mengelilingi mereka. Angin kuat bertiup ke merata-rata tempat berpusatkan mereka. Mereka hilang ditelan cahaya dalam beberapa saat. Pancaran cahaya tadi kembali ke langit.

   Pancaran cahaya itu berpancar semula pada permukaan berlapiskan salji. Mereka muncul daripada cahaya itu. Pancaran cahaya itu kembali ke langit. Zaiza sedikit terkejut. Dia tidak sangka di sepantas itu. Dia tercungak-cungak memerhati sekeliling. Dia sudah berada kawasan tanah tinggi. Suhu menjadi lebih sejuk. Kawasan sekeliling seperti dia berada di kawasan berbatu yang diliputi salji.

   "Urgh" suara Kenzou menggegar gegendang telinga Zaiza. Kenzou jatuh rebah ke hadapan. Zaiza sempat menyambut tubuh Kenzou. Zaiza segera menyandarkan tubuh Kenzou pada sebuah batu besar.
   "Kau tak apa-apa?" Zaiza memeriksa tubuh Kenzou.
   "Transmisi itu memerlukan tenaga yang banyak seperti apa yang aku beritahu kau," Kenzou menolak lembut tubuh Zaiza.
   "Oh, baru aku ingat," Zaiza menarik tubuhnya.
   "Hati-hati!" jari telunjuk pada sesuatu di belakang Zaiza.

   Zaiza berdiri memusingkan tubuh perlahan-lahan. Pedangnya sudah sedia dipegang. Seekor cicak gergasi melompat kepadanya. Zaiza segera mengeluarkan pedangnya lalu melibas leher kepala cicak itu. Kepala cicak itu tercampak. Tubuh cicak itu jatuh di hadapan Zaiza.

   Zaiza memandang ke hadapannya. Dua ekor cicak gergasi berada di dua arah. Kiri dan kanan. Zaiza menggengam erat pedangnya. Cicak di kanannya menyerang diikuti lagi seekor di kirinya mengikut giliran. Zaiza membelah tubuh cicak yang berada di hadapan. Darah mengkaburi pandangannya. Cicak gergasi muncul di hadapan lalu menangkap tubuhnya. Zaiza tidak sempat menyerang. Cicak itu cuba menggigit kepala Zaiza. Segera Zaiza menangkap mulut cicak itu. Pedangnya tercampak jauh. Dia tidak berdaya untuk mencapai pedang itu.

   Tiba-tiba tubuh cicak itu terapung ke udara. Cicak itu tercampak ke sebuah batu besar. Cicak itu terjatuh dan ditimbusi batu-batu besar yang terjatuh dari atas batu besar tadi akibat hentakan yang kuat pada batu besar itu.

   "Cepat ambil pedang kau tu," Kenzou menghulurkan tangannya ke hadapan.
   "Kau ke yang buat tadi tu?" Zaiza mencapai pedangnya.
   "Kau fikir siapa lagi? Kita berdua sahaja di sini," Kenzou menurunkan tangannya.
   "Kau pasti kita hanya berdua," Zaiza menunding jari dengan wajah dipenuhi gelisah. Kenzou menarik nafas terkejut. Beratus ekor cicak muncul dari pelbagai arah.
   "Kau rasa bagaimana ayah aku kalahkan mereka semua ni?" Zaiza berundur langkah demi langkah.
   "Tiada masa untuk berfikir," Kenzou memaksa diri untuk berdiri.
   "Kau boleh berlari?" Zaiza berdiri di sebelah Kenzou.
   "Tak perlu berlari, aku ada sedikit lagi tenaga untuk transmisi ke tempat berdekatan," Kenzou memegang bahu Zaiza.
   "Bertahan," cahaya biru menyelimuti mereka. Bebola api terkena sinaran cahaya. Mereka hilang begitu sahaja.

   Zaiza dan Kenzou terjatuh ke atas liputan salji. Zaiza segera bangun dan memandang Kenzou. Kenzou masih terbaring melepaskan lelah.

   "Di mana kita sekarang?" Kenzou bertanya dengan suara kepenatan.
   "Aku rasa kita di puncak sekarang," Zaiza memerhati sekeliling.
   "Mesti kerana tembakan bebola api tadi itu," Kenzou mengeluh.
   "Jadi kau tak rancang untuk ke sini?" Zaiza bertanya.
   "Wah! Akhirnya! Pokok Snowny!" Kenzou  memalingkan wajahnya dari Zaiza lalu berkata dengan nada gembira tanpa menghiraukan pertanyaan Zaiza.
   "Huh? Itukah pokok Snowny? Nampak macam pokok biasa sahaja," Zaiza memandang pokok.
   "Itulah pokok Snowny. Ianya mempunyai jalinan yang berhaba pada batangnya." Kenzou bangun lalu menyentuh pokok itu.
   "Macam mana kau tahu pokok tu berhaba sebelum kau sentuhnya?" Zaiza hairan lalu menyentuh pokok itu juga.
   "Kau tak perasankah? Tiada langsung salji yang melekat pada pokok ini. Baiklah,mari mulakan misi kita," Kenzou menepuk kedua belah tangannya diantara satu sama lain lalu meletakkan tangannya ke salji di bawah.

   Bulatan sihir yang mengandungi corak api yang dikelilingi bintang dan beberapa corak aneh muncul di sekeliling pokok Snowny. Sajli dan tanah yang dicengkam oleh akar itu terapung.

   "Zaiza! Potong akar itu cepat!" Kenzou mengarahkan Zaiza.

   Zaiza memotong akar itu tanpa bantahan. Zaiza beralih dari kawasan itu lalu bulatan sihir yang dihasilkan oleh Kenzou lenyap. Zaiza memberikan akar itu kepada Kenzou.

  "Misi berjaya!" Kenzou dan Zaiza bersorak sambil menepuk tangan antara satu sama lain.

   Secara tiba-tiba, kabus menyelubungi kawasan itu.

   "Apa dah jadi ni?!" Zaiza cemas.
   "Bertenang dan bersedia untuk berlawan," Kenzou menenangkan Zaiza walaupun dirinya juga tidak tenang.

   Seekor naga besar yang gagah dengan mata berapi muncul disebalik kabus itu. Zaiza berlari menuju ke ekor naga itu. Hasrat Zaiza untuk memotong ekor naga itu tidak berjaya kerana naga itu terlebih dahulu telah melibas Zaiza dengan ekornya dan darah tersembur keluar dari mulut Zaiza. Dalam masa yang sama, Kenzou sempat melempar bebola cahaya biru dengan menggunakan tenaganya yang sedikit. Bebola cahaya biru itu tepat mengenai mata naga itu. Naga itu mengaum kesakitan lalu melepaskan tiga bebola api secara rawak. Salah satu bebola api itu menuju kearah Zaiza. Zaiza yang kesakitan tidak mampu mengelak tetapi, Kenzou berlari kearah Zaiza sambil menggunakan transmisi.

Wednesday 8 July 2015

Chapter 17:

Tariga perlahan-lahan membuka kelopak mata. Tubuhnya terlentang meniarap pada lantai kayu. Kedua belah tangannya menolak tubuh. Dia memerhatikan sekeliling. Dia sudah berada di penjara yang lain. Dia memaksa tubuh untuk berdiri. Perutnya dikusap dengan tangan kanan. Kesakitan akibat ditumbuk oleh Aruza masih belum hilang sepenuhnya.

   Dia melihat di celah palang pintu penjara. Dua orang tentera berzirah besi bersama sebilah pedang tersarung di sisi kiri masing-masing sedang berdiri membelakangi dinding kayu menghadap pintu penjara. Senyuman sinis terukir di wajah Tariga. Langkah demi langkah dia menuju ke pintu penjara.

   "Hei berhenti di sana!" tentera yang berada di sebelah kiri menjerit kepada Tariga. Mereka menyampai pemegang pedang bersiap sedia.
   "Kami kata berundur!" tentera yang lagi seorang pula menjerit. Arahan itu tidak diendahkan Tariga. Dia sudah tiba ke hadapan pintu penjara. Kedua tapak tangan memegang palang besi yang bersebelahan.

   "Jangan sampai kami panggil Aru..." nama Aruza tidak berjaya disebut penuh. Tariga dengan kadar segera mencabut palang besi yang dipegangnya lalu melontarkannya tepat mengenai leher kedua-dua tentera itu sehingga tembus ke belakang dan tercucuk pada dinding kayu di belakang mereka. Tangan mereka yang tadinya memegang pemegang pedang sudah terjuntai ke bawah. Tubuh mereka dibasahi darah yang keluar daripada leher mereka. Pergerakkan Tariga sangat laju sehingga sukar dilihat dengan mata kasar.

   Tariga keluar penjara melalui lubang yang terhasil akibat dua palang yang dipatahkan oleh Tariga tadi. Dia menghampiri dua mayat tentera itu. Kedua-dua bilah pedang mereka dicapai lalu dikeluarkan dari sarungnya. Kedua belah tangan Tariga memegang pedang.

   "Hei! Apa yang kecoh tadi tu!" lima orang tentera lengkap bersenjata muncul di belah kiri Tariga. Langkah mereka terhenti melihat Tariga sudah bebas.
   "Marilah bunuh aku," Tariga menukar kedudukan bersedia untuk bertarung.

                                                                     *****

Dua orang tentera sedang berjaga di luar pintu bilik kapten. Mereka berdiri menghadap dek kapal. Tiba-tiba, lantai kayu di hadapan mereka pecah. Seorang tentera dibasahi darah melambung tinggi ke udara kemudian terjatuh semula ke dalam lubang yang terhasil pada lantai kayu tadi. Mereka segera menghunus pedang. Mereka pandang sesama sendiri.

   Salah seorang daripada mereka berhati-hati pergi menjengguk lubang itu. Tiba-tiba, Tariga melompat keluar. Dia sempat melibas leher tentera itu sesama melompat tadi. Kepala tentera itu tercampak ke udara. Darah terpancut keluar. Tubuh tentera itu terjatuh ke dalam lubang. Tariga segera melibas tangan kanan tentera yang lagi seorang. Tangan itu terputus namun dia masih lagi hidup. Tariga menikam tubuh tentera itu.

   Pekerjaan di atas dek terhenti. Semua mata tertumpu pada Tariga yang berdiri di hadapan pintu bilik kapten. Tiada siapa yang datang menyerang tambahan lagi Aruza, Raido, Ara dan Marina berada di dalam bilik itu. Mereka hanya membiarkan yang kuat untuk menentang Tariga.

   "Apa yang kecoh di luar sana tu!" Aruza menjerit dari dalam bilik. Dia sedang duduk di mejanya menghadap pintu dan pembantu-pembantunya. Tiga orang pembantunya duduk menghadapnya. Tiada sesiapa yang menjawab.
   "Izinkan aku untuk memeriksanya," Raido yang duduk di hujung kiri sekali berdiri. Aruza mengangguk tanda mengizinkannya. Raido segera pergi membuka pintu. Dua bilah pedang bersilang dihunus di hadapan lehernya.
   "Ke tepi," Tariga memberi arahan. Raido menurut arahan itu. Sekarang Tariga dapat melihat Aruza, Ara dan Marina dengan jelas. Dan juga dua bilah pedang emas kecil diletakkan pada dinding di belakang Aruza.
   "Kau tahu pedang-pedang itu bukannya hiasan, bukan?" Tariga menghunus salah satu pedang ke arah pedang emas itu.
   "Sudah tentu aku tahu," Aruza berdiri. Ara dan Marina berdiri lalu beredar ke tepi bersama-sama Raido. Aruza pergi mendapatkan kedua-dua bilah pedang Twin Balde lalu mencampaknya kepada Tariga. Cekap Tariga menepis kedua Twin Blade itu ke atas serentak. Twin Blade itu berputar di atas kepala Tariga. Kedua bilah pedang tentera Aruza dilontar ke dinding yang berada di kiri dan kanan Tariga. Sebilah pedang tepat terpacak pada dinding di antara leher Raido dengan Marina. Twin Blade itu mula turun ke bawah. Tariga menangkap kemas.
   "Barulah nampak adil," Aruza mengangkat tapak tangan kanan paras pinggang menghadap ke atas. Aura gelap keluar seperti sebatang kayu ke atas. Rupa paras aura itu berubah menjadi bentuk pedang. Aruza menggengam bahagian pemegang pedang. Aura itu seperti meletup kecil dan hilang. Sebilah pedang terkandung di dalamnya.
  
"Aruza! Dengar sini, kita tidak perlukan peperangan ini. Marilah ikut aku, kita jadi kawan semula," Tariga cuba memujuk Aruza.
   "Siapa yang kata! Perang ini sangat perlu untuk keadilan," Aruza tidak menerima pujukan itu.
   "Mungkin kau tak nampak tetapi ramai keluarga yang bahagia di dunia dan mereka bakal melahirkan generasi baik yang akan datang. Kalau kau musnahkan mereka, generasi kau tak akan rasai kemulian hati mereka. Mungkin sekarang kau terseksa, kamu semua terseksa tetapi generasi mereka mampu mengubah dunia ini dan kita sudah tidak perlukan dunia gelap lagi. Inikah cara kamu semua mencipta bahagia? Dengan memusnahkan kebahagian orang lain?" mata Tariga melirik-lirik memandang wajah mereka satu per satu.
   "Keluarga bahagia?! Generasi mulia?! Jangan mengarutlah. Cuba kau fikir, kau benar-benar pasti mereka akan melahirkan generasi yang mulia? Memanglah generasi sekarang baik dan bahagia tetapi kau fikir generasi mereka akan tetap baik selamanya? Manusia berbeza dan pasti dalam generasi mereka bakal melahirkan lagi satu generasi yang akan memusnahkan dunia ini. Jika kita musnahkan mereka sekarang, generasi itu tidak akan wujud dan kematian mereka tidak sia-sia kerana mereka tidak akan melahirkan generasi yang kejam. Di akibatkan kematian mereka, dunia ini akan aman. Dan lagi satu, mungkin anak-anak kau salah satu daripada generasi kejam yang aku katakan tadi," Aruza tersenyum memandang wajah Tariga.
   "Kau memang tak boleh dipujuk dengan baik," Tariga membegiskan wajah.
   "Mahu cuba yang kasar?" Aruza menggengam erat pedangnya.

   "Hahhh!!!" Tariga melompat kepada Aruza. Kedua-dua Twin Blade ditemukan. Cahaya emas menyinar. Ultimate Blade muncul menggantikan Twin Blade. Tariga sedia untuk menerkap.

   Aruza menahan serangan itu. Pedangnya diselaputi aura gelap kemudian berubah menjadi sebilah kapak gergasi. Aruza menepis Tariga ke belakang. Tubuh Tariga menghentam dinding kayu di belakang Aruza. Tariga terjatuh ke lantai. Aruza memusingkan tubuh menghadap Tariga. Tariga  bangunkan diri duduk melutut. Ultimate Blade bercahaya terang lalu ditikam pada lantai. Letupan besar mengelilingi Tariga. Letupan itu mampu dilihat daripada dua buah kapal Aruza yang mengelilingi sisi kapal yang dinaiki Aruza. Serpihan kayu dan habuk tercampak ke merata-rata tetapi langsung tidak menyentuh tubuh Aruza. Raido, Marina dan Ara meletakkan lengan mereka di hadapan wajah bagi melindungi mata mereka. Asap mulai hilang. Lubang besar mencacatkan bilik Aruza. Tariga tiada di situ. Pandang terus ke air laut berombak yang membiru sedikit kehijauan.

   "Tuan! Kita bakal menempuhi kabus tebal!" seorang tentera meluru masuk ke bilik Aruza. Langkahnya terhenti melihat lubang besar pada dinding bilik itu.
   "Suruh peyelam untuk masuk ke dalam air sebelum kita memasuki kabus tebal itu!" Raido mengarahkan tentera itu.
   "Tidak perlu!" Aruza membatalkan niat tentera itu untuk beredar dari situ.
   "Tapi kenapa?" Raido dipenuhi tanda tanya.
   "Ini semua sudah termasuk dalam rancangan," Marina menjawabkan untuk Aruza.
   "Rancangan? Kenapa aku tak tahu?" Raido memandang wajah Marina yang berkedut.
   "Dia bakal membawa seseorang kepada kita," Aruza segera memalingkan pandangan dari air laut.
   "Kabus!" terdengar jeritan salah seorang anak kapal. Bilik Aruza mula dipenuhi kabus tebal.

   Tariga keluar dari air masin menangkap sekeping serpihan papan yang terapung di permukaan air. Ketiga-tiga buah kapal Aruza hilang ditelan kabus. Tariga meletakkan kepalanya pada kepingan papan itu. Pandangan mula kabur.

   "Pengsan lagikah," Tariga mengeluh. Tubuhnya terasa lemah. Matanya dipejam. Bunyi teriakan kuat burung menemani Tariga.
   

Sunday 5 July 2015

Chapter 16:

Cahaya petang menerangi tubuh Kenzou berjalan sambil meletakkan kedua belah tangannya di belakang dengan perasaan hampa mengelilingi runtuh dewan berulang kali tanpa henti. Dewan itu dibina untuk kegunaan semua tetapi sudah musnah akibat berbuatan zalim Marina ketika bertarung dengan Ryuda. Ramai orang yang tidak bersalah terkorban. Semua mayat sudah pun dikeluarkan dan ditanam di luar bandar tetapi kesan dan bau darah masih melekat di situ. Dia bukan sekadar berjalan kosong. Di dalam fikirannya sedang berfikir, di dalam hatinya pula sedang bimbang. Jika Aruza dapat pedang Bold itu pasti dunia ini akan jahanam. Mereka tidak cukup kuat untuk melawan. Ramai yang terkorban. Begitu juga dengan kerajaan yang lain. Fikirannya buntu.

   Kenzou bersandar di serpihan dinding dewan bagi melepas lelah dan berkhayal seorangan diri tentang nasib yang akan menimpa mereka. Kenzou mendongak ke langit biru dan berharap sesuatu keajaiban akan berlaku. Dia cuba memerah fikiran tetapi tiada apa pun yang boleh membantunya. Dia tidak boleh menyembuh penduduk-penduduknya kerana sihirnya tidak sekuat itu dan kekuatan tentera mereka sudah lunyai. Bantuan pula tiada siapa yang mahu menolong.

   Setelah lelahnya hilang, Kenzou berdiri semula. Nalurinya seakan memaksa untuk menoleh ke kanan. Kenzou tidak dapat melawan naluri itu lalu menoleh ke kanan mengikut naluri itu. Dia ternampak sebatang kayu bengkang-bengkok berada di bawah runtuhan batu. Dia tidak mengenali kayu itu. Kenzou menghiraukan sahaja kayu itu. 

   "Ah! Buang masa sahaja fikir tentang benda yang tidak penting," Kenzou beralih dari kawasan itu lalu pergi untuk melawat Ryuda.

   Dalam perjalanan,terdetik di dalam fikiran Kenzou tentang ramuan sihir yang boleh meningkatkan kuasa,kekuatan dan pertahanan seseorang. Ramuan itu bernama Snowny Rage. Kenzou teringat akan kayu yang dia jumpa tadi. Dia seakan teringat akan sesuatu lalu memerah otak seketika. Di tersedar akan sesuatu. Kenzou teringat sesuatu. Kayu tadi itu kelihatan seperti akar pokok snowny dan salah satu daripada ramuan sihir itu. Kenzou segera membatalkan niatnya untuk melawat Ryuda dan berpatah balik ke dewan itu.

   Setibanya Kenzou di sana, dia gelabah mencari akar itu semula. Puas dia mencari tetapi masih  belum menemuinya lagi. Akar itu telah hilang. Tiba-tiba dia terdengar suara halus budak kecil yang sedang menangis teresak-esak. Kenzou pergi mencari punca suara itu. Seorang budak lelaki duduk di atas sebuah batu besar di sebalik serpihan dinding bangunan. Kedua belah lututnya di angkat ke paras muka dan memeluknya dengan kedua belah tangannya. Wajah budak lelaki itu ditutup dengan lututnya. Tangan kanan budak itu luka berdarah.

   "Hei budak, siapa nama kau? Aku tidak pernah jumpa kau sebelum ini," Kenzou perlahan-lahan menghampiri budak itu. Budak itu tidak menjawab persoalan Kenzou. Kenzou memegang tangan budak itu, tiba-tiba budak itu memaling pandangan tajam kepada Kenzou. Kenzou diancam perasaan aneh seakan-akan budak itu mahu membunuhnya. Kenzou segera melepaskan tangan budak itu lalu berundur ke belakang.

   Mata budak itu tajam memandang mata Kenzou. Budak itu meluru pantas kepada Kenzou lalu melepaskan tumbukan yang padu secara bertubi-tubi. Kenzou cekap mengelak semua cubaan serangan budak itu. Matanya tertumpu pada leher budak itu sambil mengelak tumbukan-tumbukan. Lambang sihir melilit leher budak itu. Kenzou sedar yang budak itu bukannya manusia tetapi ianya ialah  bayang yang menyerupai manusia buatan ahli sihir.

   Kenzou berfikir sejenak.  Dia sedar bahawa Marina yang telah menjelmakan bayang itu. Marina seorang sahaja yang mampu melakukannya. Budak itu memperdahsyatkan lagi serangannya. Kenzou terpaksa berundur langkah demi langkah ke belakang untuk mengelak daripada terkena serangan. Cuai, kaki Kenzou tersandung sebuah batu yang licin lalu hilang imbangan dan terjatuh ke belakang. Suasana seakan menjadi perlahan. Kenzou sempat menggunakan sihirnya dan mengalihkan kedudukan pedang yang sudah retak kerana telah digunakan oleh penduduk kampung semasa peperangan tadi ketika dia sebelum dia terhempas ke tanah. Pedang itu dialihkan dari bawah serpihan batu ke genggaman tangannya dalam masa sesaat.

   Kenzou memusingkan penuh tubuhnya lalu melibas kepala budak itu seiring dengan pusingan tubuhnya. Pedang itu berkecai mengenai kepala budak itu. Suasana kembali pulih. Kenzou terjatuh. Budak itu masih lagi hidup dan wajahnya dibasahi cecair merah. Kenzou kembali bangkit. Dengan menggunakan sihirnya, Kenzou menghembuskan nafas berapi kepada budak itu. Budak itu tidak dapat mengelak serangan itu. Nafas berapi itu meletup. Budak itu masih hidup dan tubuhnya merah menyala. Budak itu berjalan mendekati Kenzou. Kenzou berada dalam langkah berjaga-jaga. Tubuh budak itu tiba-tiba bercahaya. Kenzou sedar yang itu ialah letupan penghancuran diri. Sudah terlambat. Tubuh budak itu meletup dan separuh tangan dan kaki Kenzou terkena letupan itu. Kenzou tidak menyedarkan diri.

   Orang ramai terdengar letupan itu, Mizuki mengarahkan penduduk yang berada di kawasan perlindungan supaya tidak keluar dari kawasan itu. Mizuki segera berlari ke arah bunyi letupan itu. Zexion dan Zaiza yang sedang  merehatkan diri tidak jauh dari dewan itu juga bergegas pergi ke arah letupan itu. Zexion, Zaiza dan Mizuki tiba ke kawasan dewan itu serentak dan terlihat Kenzou dalam keadaan kesakitan.

   "Zexion! Pergi panggil pasukan perubatan kesini! Zaiza! Tolong perhatikan kawasan sekeliling semasa aku memberikan rawatan kecil kepada Kenzou!"Mizuki mengarahkan Zexion dan Zaiza. Zexion dan Zaiza menurut arahan Mizuki. Zexion berlari mendapatkan bantuan. Zaiza memerhati sekeliling memastikan keselamatan kawasan itu. Tiba-tiba Zaiza teringat tentang daun snowny yang ada padanya. Zaiza membuka kantung merah kecilnya dan mendapati terdapat beberapa cebisan kecil daun snowny di dalam kantung merah kecil itu. Zaiza berlari kepada Mizuki dan Kenzou lalu memasukkan beberapa pecahan kecil daun snowny itu tanpa kebenaran Mizuki. 

   "Kau buat apa tu?!!!"Mizuki marah atas perbuatan Zaiza lalu cuba menumbuk wajah Zaiza.
   "Hentikan...," tiba-tiba tangan Kenzou yang menahan buku lima Mizuki. Mizuki terkejut. Kenzou seakan sudah pulih sedikit.
   "Itulah, tak tahu apa-apa tapi nak marah, aku cuba pulihkan dia," Zaiza mengangkat kening kirinya.
   "Maafkan aku," Mizuki serba salah meminta maaf.
   "Benda apa yang kau bagi pada dia makan tadi?" Mizuki melontarkan soalan.
   "Daun...," Zaiza tidak dapat menghabiskan jawapan.
   "Bantuan dah sampai!!!" Zexion tiba bersama-sama pasukan perubatan mengikutinya dari belakang.

   Zexion dan Zaiza segera mepapah Kenzou lalu membaringkannya diatas katil bergerak yang dibawa oleh pasukan perubatan. Mereka semua bergerak ke tempat rawatan segera.

                                                                   *****

Keesokan harinya, Kenzou sudah pulih seperti sedia kala. Namun Ryuda masih tidak menyedarkan diri walaupun sudah diberi makan daun Snowny. Kenzou menceritakan apa yang berlaku semalam kepada semua penduduk bandar. Penduduk bandar menghembus nafas lega selepas ketahuinya. Tetapi mereka masih dibuai ketakutan. Aruza mungkin akan meyerang kembali untuk mendapatkan kunci yang masih berada dengan mereka.

   Kenzou menyeru Zexion, Zaiza dan Mizuki untuk berkumpul di dalam bangunan pentadbiran. Mereka duduk bersama-sama di sebuah meja bulat besar yang kebiasaannya digunakan untuk sidang mesyuarat pentadbir-pentadbir bandar itu.

   "Akupanggil kamu semua ke sini untuk berbincang," Kenzou memulakan perbualan.
   "Berbincang tentang apa?" Zaiza dihantui perasaan ingin tahu.
   "Siapa di antara kamu semua mahu menikuti aku dalam misi mencari ramuan untuk membuat sihir Snowny Rage?" Kenzou mengetengahkan soalan.
   "Snowny Rage?" Zexion, Zaiza dan Mizuki tertanya-tanya.
   "Ianya ialah sihir yang dapat meningkatkan kekuatan, pertahanan dan kuasa seseorang dalam masa yang singkat. Kita perlukan akar pokok snowny,daun snowny,salji & juga botol besi yang ditempa menggunakan permata. Kita bernasib baik kerana telah mempunyai botol besi itu. Kita hanya perlu mendapatkan ketiga-tiga ramuan yang lain di satu tempat sahaja, gunung Snowny," Kenzou menerangkan informasi mengenai Snowny Rage sambil mengeluarkan botol besi.
   "Mizuki, kau sudah biasa melaksanakan misi jadi lebih baik kau mengikuti aku," Kenzou memandang Mizuki yang sedang duduk di sebelahnya.
   "Maaf tapi aku mahu tunggu di sini dan menjaga Ryuda. Dialah satu-satunya kawan baik dan saudara yang aku ada. Lagi pun, aku dengar di gunung itu terdapat cicak-cicak gergasi dan aku tak pasti panah sesuai untuk menentang mereka," Mizuki memberikan alasan untuk tidak mengikuti misi itu bersama-sama Kenzou.
   "Aku nak ikut Kenzou!" Zaiza melontarkan permintaan sambil mengangkat tangan.
   "Baiklah, perjalanan ke sana tidak akan mengambil masa yang lama. Aku akan menggunakan hampir keseluruhan kuasa sihir aku untuk membuat transmisi segera dari sini ke sana. Jadi kemungkinan aku tidak dapat melindungi diri aku sendiri jika diserang, aku mengharapkan kau mampu lindungi aku, Zaiza," Kenzou bercakap sambil memandang mata Zaiza.
   "Baiklah! Aku akan terima segala risiko asalkan dapat selamatkan Tariga!" Zaiza bercakap dengan bersemangat.
   "Mizuki, kau tolong jaga botol besi ini dengan Ryuda semasa aku dan Zaiza ke gunung itu," Kenzou memberi arahan sambil menghulurkan botol besi kepada Mizuki.
   "Zexion, tolong jaga keselamatan bandar ini semasa aku dan Zaiza dalam misi, ini akan menjadi tugas yang sukar jika musuh datang semula, tapi aku yakin, kau boleh," Kenzou memberi arahan kepada Zexion sambil meyakinkannya.
   "Aku akan laksanakan tugas ini sepenuh hati!" Zexion menerima tugasannya. Mereka semua mengangguk kepala serentak.
   "Jaga diri baik-baik," Zexion menepuk bahu Zaiza. Zaiza memegang tangan Zexion kemudian mengangguk kepala.

Sunday 28 June 2015

Chapter 15

Sinar matahari pagi masuk melalui tingkap pagar besi terus kepada tubuh Tariga yang tergantung di dalam sebuah bilik penjara di dalam sebuah kapal. Kedua belah tangannya terangkat tinggi dan rantai gari pada bumbung kayu bilik itu mengikat tangan Tariga. Kedua belah tapak kakinya pula digari pada tanah. Ultimate Bladenya disimpan di bersama-sama Aruza.
   Tariga perlahan-lahan mengangkat kelopak mata. Cahaya masuk ke anak mata. Imej mula terbentuk pada retina. Ara sedang berdiri bersilang tangan di luar penjara itu. Pencakarnya disimpan di dalam bilik peribadinya sendiri di dalam kapal itu.
   "Mana Aruza?" Tariga bertanya lemah tidak berdaya. Ara langsung tidak menjawab soalan itu.
   "Hoi! Kau pekak kah?!" Tariga meninggikan nada. Ara masih tiada tindak balas.
   "Tidak, tapi dia bisu," suara seseorang hinggap di telinga Tariga. Raido muncul di sebelah Ara.
   "Giliran aku," Raido menepuk bahu Ara. Segera Ara beredar dari situ. Dia sudah bosan melihat wajah Tariga. Kedua bilah pedang dan perisai topeng tiada bersamanya tetapi masih memakai perisai besi tubuhnya.

   "Aku masih ingat kali pertama kami jumpa dia. Semua orang yang pernah menghina dia dibunuh," Raido bersandar pada dinding kayu menonton Tariga yang terkurung dalam penjara.
   "Aku nampak sekarang, Aruza mempergunakan orang yang pernah hidup menderita sebagai pembantunya kerana mempunyai perasaan negatif yang tinggi," Tubuh Tariga kembali bertenaga.
   "Memperguna? hahaha, dia bantu kami untuk balas dendam kecuali Marina. Dia hanya mahu jadi ahli sihir paling kuat di dunia dan rela tunduk di bawah Aruza," Raido ketawa kecil.
   "Jadi kau kenapa pula?" Tariga menujukan soalan. Raido tersentap.
   "Ketika aku remaja, bapa aku telah difitnah mencuri sebuah permata milik ketua kampung, sebelum ini juga dia telah difitnah mencuri benda-benda lain. Dia dihukum pancung. Ibu aku cuba menghalang tapi dia dihukum mati juga. Aku hidup bersendirian. Aku mencuri pedang untuk memburu makanan. Aku tak akan maafkan lelaki yang menfitnah bapa aku itu. beberapa tahun kemudian, aku cari dia dan penggal kepalanya. ketika itu baru aku tahu bahawa dia yang pencuri itu dan pergunakan bapa aku untuk melindungi dirinya. Penduduk kampung menghalau aku. Pada suatu hari, Aruza dan Marina menemui aku duduk di bawah sebatang pokok. Dia berjanji akan kembalikan ibu bapa aku ke pangkuanku semula jika aku bantu dia mendapatkan pedang bold itu dan itulah apa yang aku patut lakukan," Raido bercerita dengan riak wajah yang sedih.

   "Aku bersimpati atas kematian ibu bapa kau tapi kau fikir ibu bapa kau akan gembira mengetahui kau bersubahat dengan musuh?" Tariga bertanya kepada Raido.
   "Aku akan buat apa sahaja untuk ibu bapa aku! Aku tak mahu kematian mereka sia-sia," Raido meninggikan nada suara.
    "Tapi kalau kau buat begini, kehidupan mereka akan sia-sia sahaja. Bukan ini kehidupan yang mereka mahu," Tariga cuba melembutkan hati Raido.
    "Kau tak faham perasaan aku!" Raido mengetuk palang besi penjara Tariga dengan buku lima.
    "Aruza cuba mempergunakan perasaan marah kau! Kau tak nampakkah?" Tariga meninggikan nada.
    "Kau yang tak nampak! Dia cuba membaiki dunia ini," Raido tidak mengalah kepada Tariga.
    "Aku bersimpati, hati kau terlalu keras untuk menerima pemergian ibu bapa kau," Tariga berkata dengan lemah lembut
    "Hehe, aku bersimpati kepada kau juga. Nak tahu kenapa? Sebab kau akan rasa perasaan kemarahan yang aku rasa sekarang ini," riak sedih Raido bertukar gembira.
   "Aku tak faham," Tariga menggeleng kepala.
   "Aku tahu di mana isteri kau," Raido berbisik.

   Tariga membesarkan bola mata. Perasaan marah menguasai tubuhnya. Otot pada tangan mengembang. Lantas dia menarik tangannya yang digari ke bawah dengan kuat. Gari itu tercabut. Tariga mengangkat kaki kanan menyebabkan gari pada kaki kanannya itu tercabut. Kaki kiri juga berbuat demikian.

   "Di mana dia!" Tariga menjerit sekuat hati.
   "Ada pada Aruza," Raido menjawab gembira. Dia langsung tidak getar.
   "Apa yang Aruza buat kepada dia!" Tariga meninggikan lagi nadanya.
   "Perkara sama yang akan dia akan buat kepada salah seorang anak kau," tenang Raido menjawab.
   "Kau tahu?" Tariga mula hairan.
   "Tak kami tahu," Raido menjawab tenang.

   Tariga hilang kawalan. Dia mengeluarkan tangan kanannya melalui celah palang lalu menangkap leher Raido. Tariga merapatkan wajah Raido pada celah palang besi penjara itu. Raido memegang tangan kanan Tariga dengan kedua belah tapak tangannya bagi mengurangkan kesakitan. Tariga merenung wajah Raido dengan pandangan yang tajam. Buku lima diangkat tinggi ke udara dan bersedia melepaskannya.

   "Itulah apa yang aku rasa. Kau lakukan bermakna kau pun sama," Raido masih tersenyum. Tariga menarik nafas. Dia cuba bertenang. Dia tahu bahawa dia bukan seperti mereka. Perlahan-lahan dia melepaskan Raido. Raido hilang imbangan berundur ke belakang dan bersandar pada dinding. Raido batuk terbahak-bahak. Beberapa hembusan darah keluar dari mulut Raido diakibatkan gengaman tangan Tariga yang kuat pada lehernya tadi.

   "Mana Aruza?" Tariga memandang mata Raido dengan tajam. Raido mula ketakutan.
  
   Aura gelap meletup di dada Tariga secara tiba-tiba. Tubuh Tariga tercampak ke sebuah dinding kayu beberapa depa di belakangnya. Tariga terduduk bersandar pada dinding kayu itu. Wajahnya tertunduk ke bawah memandang lantai kayu di antara kangkangan kedua belah kakinya. Mata Tariga ditutupi bayang-bayang rambutnya.

   "Terima kasih kerana beritahu dia," Aruza berjalan menghampiri penjara Tariga. Raido tersenyum sinis lalu melangkah pergi dari situ berselisih dengan Aruza. Bunyi perisai Raido yang bergoncang meriahkan setiap langkah.

   Aruza memegang dua batang palang penjara dengan kedua belah tapak tangannya lalu menarik palang itu ke tepi meluaskan jarak antara palang itu. Dia melangkah masuk kemudian menerpa kepada Tariga.

   "Kenapa?"Tariga membuka separuh bibirnya apabila langkah Aruza berhenti tepat di hadapannya.
   "Kau sendiri tahu kenapa, isteri kau mempunyai antara kuasa aura gelap yang terkuat tetapi dia tidak tahu akannya, tak tahu bagaimana untuk mengeluarkannya dan mengawalnya. Aku cuma bantu dia, itu sahaja," Aruza menjawab baik soalan Tariga.
   "Hmm, aku terlalu lemahkah untuk melindungi keluarga aku? Aku boleh jaga dia, jadi lebih baik kau pulangkan dia," Tariga masih tidak mendongak melihat wajah Aruza.
   "Aku rasa kau memang lemah, tapi hei aku boleh jadi lebih kuat jika kau bekerjasama dengan aku semula seperti dulu," Aruza duduk melutut memandang wajah Tariga yang ditutupi bayang-bayang.
   "Dulu kita gunakan kekuatan kita untuk melindungi orang lain tetapi sekarang kau gunakan kegelapan untuk menjahanamkan dunia ini!" Tariga mengangkat muka memandang wajah Aruza.
   "Kau fikir cahaya boleh selamatkan dunia ini? Kau lihat sendiri, aku beri isteri sebagai contoh. Dia seorang yang baik dan penyayang tetapi mempunyai aura gelap, kau tahu akan itu tetapi tidak beritahu sesiapa. Kenapa? Sebab mereka akan bunuh isteri kau. Begitulah juga dengan yang lain. Kau tahukah berapa ramai orang baik yang mempunyai aura gelap dibunuh. Cahaya hanya takut kepada kegelapan. Mereka tidak bersalah dibunuh! Cahaya yang menyebabkan perang," Aruza melepaskan isi hatinya kepada Tariga.
   "Kami berbuat begitu kerana kegelapan yang memulakan perang!" Tariga meninggikan nada.
   "Kami mulakan?! Hahaha! Kami hanya melindungi kaum kami, kami terpaksa kalau tidak pasti ramai orang tidak bersalah akan mati. Raja Ashoka cuba mendapatkan pedang itu pun untuk melindungi kegelapan. Melindungi kedua-duanya, cahaya dan kegelapan tetapi cahaya hanya melindungi cahaya sahaja," Aruza meluahkan isi hatinya sekali lagi.
   "Bagaimana kau tahu tentang Raja Ashoka?" Tariga menyuarakan soalan. Suasana menjadi tegang.
   "Kau rasa aura gelap di dalam badan aku ini milik siapa?" Aruza tersenyum sinis.
   "Tidak! Tak mungkin!" Tariga menggeleng-gelengkan kepala.
   "Aura ini berpindah-randah ke tubuh-tubuh yang lain dari dahulu lagi sehinggalah kepada aku. Sebab itulah ianya tidak hilang. Biar aku beritahu tentang rancangan Raja Ashoka 100 tahun dahulu. Aku akan musnahkan dunia ini dengan pedang bold kemudian menggunakan kuasanya untuk mencipta semula dunia ini dan ketika itu tiada lagi aura cahaya! Mudah bukan rancangannya?" Aruza tergelak jahat.
   "Kejam! Aura Gelap memang kejam! Ramai orang tidak bersalah akan mati!" Tariga menjerit ke wajah Aruza.
   "Cahaya pun begitu juga!" tumbukan hinggap di wajah Tariga. Penglihatan Tariga menjadi gelap gelita.

Wednesday 24 June 2015

Chapter 14

Bintang-bintang di malam cerah meyinar cahaya segalanya tidak terhalang. Dingin, ketakutan, hampa dan kerisauan menyelubungi malam itu. Bulan separa penuh membantu bintang-bintang memberi cahaya.

   Orang-orang yang terselamat menyelimuti diri dan keluarga dengan kain tebal. Tentera dan orang awam yang cedera di rawat. Ramai yang kehilangan ahli keluarga. Mereka juga kehabisan bekalan makanan dan bekalan air bersih. Yang masih ada hanya kenangan pahit.

   Kenzou sibuk memeriksa dan membantu keperluan rakyat. Dia tidak berhenti berjalan ke sana ke sini. Tubuhnya yang sakit dan lelah dihiraukan.

   Mizuki cuba membantu apa yang patut kepada kaum-kaum wanita. Terutamanya dalam bidang motivasi kepada para isteri yang kehilangan suami dan anak di dalam peperangan sebentar tadi.

   Ryuda sedang dirawat di dalam khemah kecil. Dia bernasib baik kerana terselamat. Orang-orang lain yang tidak sempat keluar dari dewan itu terkorban.

   Zexion dan Zaiza berdiri menyandar siku pada tembok batu menghadap laut. Bau hanyir darah-darah dihiraukan. Angin bertiup melalui rambut mereka. Dingin tidak mengapakan tubuh mereka. Zexion menghembus nafas. Sompolan asap keluar dari mulut.

   "Ini semua salah aku, kalau aku tak terlalu lemah mungkin aku dapat kalahkan samurai tadi itu," Zexion menundukkan kepala.
   "Kenapa pula? Aku yang lemah sebab kalah dahulu. Kalau tak kita mesti sudah menang dan dapat membantu Tariga," Zaiza menyalahkan diri sendiri.
   "Sekarang aku rasa kau betul sejak awal lagi. Kita belum bersedia untuk pengembaraan ini," Zexion memandang wajah Zaiza.
   "Bukankah kau yang yakinkan aku? Kenapa kau nak menyerah sekarang pula? Lagi satu Aruza hanya dapat satu kunci sahaja, lagi..."satu masih pada kita. Ayat itu tidak sempat keluar, Zexion sudah menyampuk.
   "Satu kunci dan Tariga sekali. Kau tahu tak dia ialah orang yang paling kuat bagi kita!" Zexion menyampuk dengan nada yang tinggi.

   "Maaf aku terdengar perbualan kamu berdua," suara seorang lelaki menggetar gegendang telinga dari belakang. Mereka segera berpaling mencari punca suara itu. Kenzou sedang berjalan kepada mereka.
   "Kali terakhir aku cuba membantu orang yang menyalahkan diri, aku gagal tapi aku akan cuba," Kenzou melaburkan siku pada tembok menghadap laut di antara Zexion dan Zaiza.
   "Kau tahu sebenarnya Mizuki dulu sangat baik dan peramah," Kenzou tiba-tiba menyebut nama 'Mizuki'. Zexion dan Zaiza terkejut dicampur hairan.
   "Boleh tak ceritakan, tak perlu berbelit-belit?" Zaiza penuh perasaan ingin tahu.

   "Dahulu Mizuki seorang kanak-kanak yang riang dan sopan, ayahnya ketika itu menguruskan kewangan bandar ini. Dia sangat sibuk tambahan pula ketika itu kami mempunyai masalah kewangan. Ibunya pula seorang tukang masak yang terkenal dan paling sibuk di bandar ini. Mereka tiada masa untuk bersama-sama Mizuki. Ryuda selalu bermain bersama-sama. Kawan-kawan yang lain pula tidak suka berkawan bersamanya kerana cemburu dengan kesenangan dan kemewahan yang ada pada Mizuki dan Ryuda. Bapa Mizuki meminta untuk Mizuki belajar pertahankan diri dan memanah tetapi dia tidak mahu kerana dia tak sanggup hendak mencederakan sesiapa. Ibunya juga menyokong bapanya. Tapi pada suatu hari, ibu bapanya bergaduh dan kemalangan dilakukan oleh bapanya, rumah mereka terbakar. Mizuki mahu selamatkan ibu bapanya tetapi dia terlalu lemah. Ibu bapa Mizuki rentung. Mizuki menyalahkan diri kerana tidak mengikut kata ibu bapanya. Dia mula berlatih setiap hari sejak kejadian itu. Aku mengambil dia sebagai anak angkat. Ketika itu aku bertekad untuk mengajar Ryuda ilmu sihir agar dia dapat melindungi Mizuki. Riang dan sopan hilang dalam diri Mizuki. Dia menjadi terlalu tegas. Mizuki dan Ryuda menjadi pasukan yang hebat apabila mereka dewasa. Walaupun dia mendapat dugaan yang paling hebat dalam hidupnya, dia tidak menyerah kalah. Malahan pula dia memberi motivasi kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga. Dia berkata dugaan yang kita hadapi sekarang akan membantu kita dalam menempuhi dugaan yang lebih besar satu hari nanti. Tapi dia tidak dapat maafkan dirinya lagi. Baginya itulah caranya untuk membaiki dirinya. Walaupun ialah salah, aku tak dapat membantu," Kenzou panjang bercerita tentang latar belakang Mizuki. Zexion dan Zaiza baru mengetahui tentang hal itu. Mereka terdiam seketika berfikir tentang hal.

  "Jadi kita tidak boleh berhenti sekarang, kita mesti cari kunci ketiga sebelum Aruza menemuinya dahulu dan halang rancangan jahatnya," Zexion bersemangat setelah mendengar kisah silam Mizuki tadi.
   "Tapi bagaimana?" Zaiza mengucapkan soalan. Zexion dan Kenzou terdiam seketika. Suasana menjadi tegang. Harapan seakan semakin pudar di jiwa semua orang.

   "Ini semua salah aku," Kenzou berasa sebersalah.
   "Kenapa?" Zexion hairan. Begitu juga Zaiza.
   "Aku tak cukup kuat untuk halang Aruza. Sebenarnya, ini bukan kali pertama mereka menyerang bandar ini.Bandar ini menjadi sasaran pertama mereka. Aruza bertanya tentang kunci-kunci itu. Aku tak jawab. Kemudian mereka pergi menjajah seluruh pulau jepun ini. Dia kata kalau aku tidak beritahu di mana kunci-kunci itu berada, dia akan musnahkan satu per satu kerajaan di dunia. ketika itu, aku fikir dia tidak akan berjaya," Kenzou menerangkan.
   "Walaupun kami sudah mempertingkat kekuatan kami tetapi tentera Aruza menjadi semakin kuat. Itulah punca kita kalah hari ini," asap keluar dari mulut Kenzou.
   "Sekarang aku bingung mahu buat apa," Kenzou memicit dahinya dengan ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan.
   "Aku pun akan rasa begitu jika diugut sebegitu," Zexion menepuk bahu Kenzou.
   "Ketika serangan pertama itu, Mizuki dan Ryuda tiadakah?" Zaiza bertanya.
   "Aku tak jangka akan serangan itu, aku berikan merekamisi untuk ke sebuah pekan kecil jauh dari sini. Perang hanya berlaku di laut jadi tiada kerosakkan di bandar. Setelah mereka pulang, aku ceritakan tentang perang itu dan hantar Mizuki ke masa silam untuk mencari Tariga," Kenzou menjawab soalan Zaiza tadi.

   "Kenapa kau yakin Tariga boleh membaiki segalanya?" Zexion pula bertanya.
   "Aura cahaya hanya boleh dikawal oleh keturunan Bold sahaja dan dia sendiri mengetahuinya," Kenzou menjawab separuh persoalan Zexion itu.
   "Itu bermaksud Tariga ialah keturunan Bold?" Zaiza berfikir sejenak. Kenzou mengangguk.
   "Kamu berdua juga," Kenzou bersuara lagi.
   "Apa?" Zexion hairan.
   "Ketika aku menemui dia untuk kali pertama, aku bertanya kepada dia mengapa kau mahukan Twin Blade itu. Dia jawab untuk melindungi isteri dan dua orang anak lelaki kembarnya daripada kegelapan," Kenzou mengejutkan Zexion dan Zaiza.
   "Dua orang anak kembar lelaki?" Zexion dan Zaiza saling pandang sesama sendiri.

Chapter 13

Zaiza berlari mencari Zexion. Dia sebenarnya berpura-pura pengsan tadi. Setelah tumpuan Aruza fokus pada Tariga, dia berlari dari situ tanpa di sedari. Kantung yang berisi daun snowny di bawa bersama. Dia sudah tiba di kawasan mereka bertarung tadi. Kesan darah dan libasan pedang di tanah menjadi bukti.

   Dia segera mencari Zexion. Dia ternampak sebuah tingkap yang pecah. Dia menjenguk ke dalam tingkap itu. Terkejut. Zexion sedang berlumur darah terbaring di antara dua badan meja bulat yang terbelah. Dia segera melompat masuk. Dia menatap Zexion. Jantungnya berdegup lemah.

   Zaiza segera mengambil sehelai daun snowny dari dalam kantung itu. Dia mencarik-carik daun itu menjadi kepingan kecil agar lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam mulut Zexion itu. Segera dia memasukkan daun itu ke dalam mulut Zexion dan membantunya untuk mengunyah daun itu. Zaiza berlari mencari seseuatu yang boleh membantu Zexion untuk menelan daun itu. Dia terjumpa sebaldi air suam dan sebuah mangkuk kecil di dalam bangunan itu. Dia mengambil air itu menggunakan mangkuk kecil itu dan membawanya kepada Zexion.

   Segera Zaiza menuang air itu ke dalam mulut Zexion. Kesemua daun itu berjaya ditelan. Zexion terbatuk. Dua luka besar pada tubuh Zexion tertutup semula dan degupan jantung kembali seperti biasa. Tetapi Zexion masih belum sedar.

   Aruza melibas pedangnya yang diliputi aura gelap kepada Tariga. Cekap Tariga mengelak ke kanan. Tangkas dia cuba melibas kepala Aruza. Tangan kiri berjaya menangkap bilah pedang Tariga sebelum sempat mengenai lehernya. Dasyat libasan itu berjaya di tahan dengan kiri sahaja. Tariga menumpukan aura Ultimate Blade lalu menolak pedangnya dengan sekuat hati. Namun tidak berganjak sedikit pun.

   Aruza segera menarik semula pedangnya kemudian cuba melibas kepala Tariga. Tetapi libasan itu sempat dikesan. Tariga tunduk melutut mengelak serangan. Kaki Tariga menolak tubuhnya tinggi ke udara. Tangan kiri Aruza yang melekat pada pedang Tariga menyebabkan dia juga tercampak tinggi ke udara. Tariga menumbuk deras dagu Aruza dari bawah. Ultimate Blade yang ditangkap Aruza dilepaskan. Aruza deras menyepak tubuh Tariga sambil menolak tubuhnya ke belakang menggunakan tubuh Tariga. Mereka tercampak ke arah berlawanan.

   Tariga melibas pedang kepada Aruza. Libasan cahaya terhasil. Aruza juga melibas pedang. Libasan kegelapan. Kedua-dua libasan itu bertembung dan menghasilkan letupan yang agak besar. Tembakan cahaya gelap menembusi asap yang terhasil akibat letupan tadi. Tariga sempat mengelak. Tariga memusingkan tubuh ke belakang lalu melibas pedangnya. Libasan angin terhasil. Libasan itu menolak tubuh Tariga menuju kepada Aruza dengan pantas. Asap mula hilang. Aruza sedar akan kehadiran Tariga. Pantas Tariga memusingkan tubuh semula. Tariga menangkap leher Aruza dengan tangan kirinya.

   Tariga menolak tubuhnya dan Aruza jatuh ke bawah menggunakan auranya. Kejatuhan mereka menghasilkan cahaya seperti sebuah meteor. Aruza cuba melibas tangan kiri Tariga dengan pedangnya. Tetapi berjaya ditahan oleh Tariga. Aruza melihat ke tepi. Dia ternampak sebuah bangunan lima tingkat tersergam indah. Dia memegang tangan kiri Tariga dengan tangan kirinya lalu memusingkannya mengikut arah jam. Mereka terkeluar dari haluan asal. Mereka berpusing tanpa henti dan tercampak ke bangunan kerajaan. Mereka terjatuh di atas bumbung bangunan itu. Letupan meledak di atas bumbung bangunan itu.

   Tariga dan Aruza jatuh meniarap di tingkat aras tanah. Batu-batu kecil dan debu jatuh ke atas tubuh mereka. Lubang besar terhasil di setiap bumbung di kelima-lima tingkap. Mereka mengangkat sedikit tubuh mereka menggunakan kedua belah tangan mereka. Pedang mereka berada di tengah antara jarak mereka. Tajam mereka merenung sesama sendiri. Mereka berlari ke pedang mereka. Mereka berguling segera mengambil pedang mereka masing-masing.

   Mereka melutut membelakangi sesama sendiri sambil menikam pedang mereka pada tanah seperti sebatang tongkat. Orang-orang pentadbiran yang berada di dalam bangunan itu mengambil barangan yang penting kemudian berlari keluar mengosongkan bangunan itu.

   Mereka berdiri serentak memusingkan tubuh mereka sambil melibaskan pedang seiring dengan pusingan tubuh mereka. Pedang mereka bertembung serentak. Mereka menarik pedang mereka kemudian melibas sekali lagi. Pedang mereka bertembung sekali lagi. Mereka menumpukan aura pada pedang mereka kemudian menolak pedang mereka sesama sendiri. Mereka melompat ke belakang masing-masing dan mendarat dengan selamat.

   Aruza melibaskan pedang kepada Tariga. Libasan cahaya gelap melulu kepada Tariga. Pantas Tariga menahan serangan itu menggunakan pedangnya. Letupan berlaku apabila serangan itu mengenai pedang Tariga. Dia tidak berjaya untuk menahan letupan itu. Dia tercampak terlentang ke belakang. Aruza melompat kepada Tariga sambil menghunuskan pedangnya dalam kedudukan menikam. Tariga sedar akan kehadiran Aruza. Tariga mencampakkan pedangnya kepada leher Aruza. Pedang Tariga tepat mengenai leher Aruza. Kepala Aruza tercabut dari tubuhnya. Pedang Tariga berpusing di udara apabila memancung kepala Aruza lalu terpacak tegak di tanah. Tubuh Aruza gugur di tanah.

   Aruza sudah mati? Kenapa begitu mudah? Tariga bangun. Dia pergi melihat tubuh Aruza sebentar. Dia memasang telinga. Perang masih berlaku. Bukankah jika Aruza sudah mati  bala tenteranya akan mati juga. Bala tenteranya dikawal menggunakan aura gelap tetapi jika Aruza sudah mati sudah pasti auranya juga akan mati.

   Tariga sedar akan sesuatu. Dia segera pergi mendapatkan pedangnya semula. Sebaik sahaja dia mendapatkan pedangnya, letupan meledak di hadapannya. Dia terpaksa menutup mata dengan tangannya untuk melindungi matanya daripada cedera terkena cebisan batu. Tubuh dan kepala Aruza bertukar menjadi debu. Tangan kiri keluar dari asap akibat letupan tadi menangkap pakaian Tariga. Aruza muncul apabila asap itu hilang ditiup angin. Gengaman tangan Aruza bercahaya lalu menembak tubuh Tariga dengan aura cahaya gelap. Tariga tercampak ke sebatang tiang. Tiang itu pecah dirempuh tubuh Tariga. Bahagian pakaian yang digengam Aruza terkoyak dan tubuh yang terdedah luka besar. Cebisan pakaian Tariga masih di tangan Aruza. Perlahan-lahan Aruza membuka gengaman tangannya. Cebisan kain itu dibuka. Sebatang kunci emas terdapat di tapak tangan Aruza.

   "Kunci ini aku tak pernah jumpa lagi, jadi ini mesti kunci yang kau dapat di masa silam bukan?"  Aruza memandang kepada Tariga yang baru bangun dari jatuh.
   "Kau klonkan diri. Memang bijak.Aku penat berlawan jatuh tembus lima tingkat tapi kau pergi memeriksa kunci itu," Tariga memegang lukanya.
   "Itu budak kecil pun boleh tahu tapi satu yang tak tahu, mana kunci yang lagi satu?!" Aruza bertanya keras kepada Tariga.
   "Kau berfikir seperti budak yang kau kata itu, kau fikir aku akan beritahu," Tariga berlari kepada Aruza.
   "Aku sudah jangka jawapan seumpama itu akan keluar," Aruza menghalakan tapak tangan kirinya kepada Tariga sedang berlari. Tapak tangan kiri Aruza diliputi aura gelap.

   Larian Tariga terhenti. Luka di tubuh ditutup dengan tapak tangan kiri yang tidak memgang pedang. Luka itu terasa sangat pedih. Ultimate Blade di dalam gengaman dilepaskan. Tariga tumbang. Tapak tangan kanan menahan tanah agar tubuhnya tidak terkena tanah. Tariga menyedut dan menghembus nafas berulang kali. Penglihatannya kabur. Tubuhnya semakin lemah. Tangan kanan Tariga bergetar kemudian tewas pada kesakitan tubuhnya. Tariga meniarap di tanah. Penglihatan menjadi gelap.

   "Maaf aku lupa beritahu tentang racun yang aku letak dalam tubuh kau,"
                                                                       *****
"Mana samurai tadi itu?" Zexion bertanya dalam keadaan separuh sedar.
"Dia dah pergi...kita dah kalah," Zaiza membantu Zexion bangun lalu memapahnya. Mereka keluar dari bangunan itu.

   Kerancakan perang semakin berkurang. Aruza seakan menang peperangan ini. Tentera-tentera Kenzou semakin lemah dan gugur satu per satu. Separuh bandar itu sudah musnah. Asap berkumpul di udara dari bangunan-bangunan yang musnah.

   Mereka melirik mata beberapa darjah ke kanan. Mereka ternampak Aruza sedang berjalan ke kapalnya semula sambil mengheret Tariga di tanah. Tangan kirinya sedang memegang tangan kanan Tariga. Pedangnya tersisip di belakang manakala Ultimate Blade berada di tangan kirinya. Mereka marah melihat perbuatan itu terutamanya Zexion. Dia cuba berlari kepada Tariga tetapi dihalang oleh Zaiza.
 
   "Kita tak boleh biarkan dia dapat kedua-dua kunci itu," Zexion cuba berlari kepada Tariga.
   "Tak bukan kedua-dua," Zaiza mengeluarkan sesuatu daripada pakaiannya. Zexion terkejut melihat benda itu.